Syor kerajaan laksana semula GST dua peratus

Harian Metro
February 3, 2025
1.4k
324

Kuala Lumpur: "Kerajaan disaran mempertimbangkan untuk melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar dua peratus," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRANTI Corporation Sdn Bhd Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff.

Beliau berkata, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.

"GST adalah satu sistem cukai efisien. Mungkin boleh dimulakan dengan dua peratus.

"Jika kita lihat kepada kedai, restoran, syarikat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mereka semua mempunyai infrastruktur… tinggal lagi sekarang ini zero rated (kadar cukai sifar peratus).

"Seandainya kerajaan memperkenalkan GST dalam dua peratus, seterusnya membina daripada itu, pada masa sama, kita mesti memastikan tiada ada lagi ketirisan dalam perbelanjaan dan insya-Allah ini mungkin adalah salah satu sistem lebih cekap," katanya dalam Program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk 'Ekonomi Madani: Penstrukturan Ekonomi dan Peningkatan Kualiti Hidup Rakyat', baru-baru ini.

"Kerajaan juga perlu memastikan bayar balik atau tuntutan balik perlu dipercepatkan," katanya.

Malaysia pernah melaksanakan cukai GST pada 1 April 2015.

Harian Metro
February 3, 2025
1.4k
324

Read More News

5 min read
Read More
5 min read
Read More
5 min read
Read More
5 min read
Read More
5 min read
Read More
5 min read
Read More