Dana Pengkomersialan

Dana Pengkomersialan menyediakan pembiayaan bernilai sehingga RM1,000,000 untuk menyokong fasa akhir pembangunan, bagi membantu hasil R&D beralih daripada peringkat pembangunan kepada penggunaan sebenar dan kemasukan pasaran.
EN | BM
DANA PENGKOMERSIALAN

Apa itu Dana Pengkomersialan?

Dana Pengkomersialan ialah inisiatif pembiayaan strategik di bawah RMK13 untuk mempercepatkan pengkomersialan teknologi dan inovasi tempatan ke pasaran sebenar. Program ini menyokong inovasi yang telah bersedia dari segi teknikal dan pasaran melalui pembiayaan pemangkin, pemecut pengkomersialan berstruktur dan akses kepada ekosistem inovasi nasional.

Dana Pengkomersialan menawarkan sokongan menyeluruh merangkumi:

Project Development

Strengthening deployment, regulatory, certification, and operational readiness

Structured Commercialisation Accelerator (SCA)

Market strategy, go-to-market planning, partnerships, and scale readiness

Innovation Services

Due diligence, monitoring, verification, and access to facilities or testbeds (where applicable)

Pembiayaan Sehingga
RM1 juta bagi Setiap Projek

Pembiayaan disediakan untuk menyokong aktiviti pengkomersialan yang berimpak tinggi dan berorientasikan hasil

Fokus Kepada Pengkomersialan, Bukan Penyelidikan Awal

Dana ini menyokong inovasi yang telah melepasi fasa R&D awal dan bersedia untuk dilaksanakan serta digunakan oleh pasaran

Keutamaan Kepada Teknologi Berorientasikan Misi Nasional

Keutamaan diberikan kepada teknologi selaras dengan keperluan negara di bawah RDICE dan 10-10 MySTIE, termasuk makanan, kesihatan, tenaga dan digital

Sokongan Sehingga 36 Bulan

Projek disokong selama 12 bulan pelaksanaan dan 24 bulan sokongan lanjutan bagi memastikan kesinambungan pengkomersialan

Pendekatan Berasaskan Pencapaian (Milestones)

Penyaluran dana adalah berdasarkan pencapaian yang dipersetujui bagi memastikan keberkesanan, ketelusan dan fokus kepada hasil
DANA PENGKOMERSIALAN

Model
Pelaksanaan

Pelaksanaan Program Berstruktur

12 Bulan

Sokongan Pengkomersialan Pasca Projek

24 Bulan
DANA PENGKOMERSIALAN

Syarat Penyertaan Program

Profil
Pemohon

  • Entiti milik Malaysia (pegangan melebihi 51%)
  • PKS, syarikat pemula (startups), spin-offs, organisasi awam atau swasta, serta koperasi

Ketersediaan Teknologi & Pelanggan

  • Tahap Ketersediaan Teknologi (TRL): Minimum 7
  • Tahap Ketersediaan Pelanggan (CRL): Minimum 3

Hak Pengkomersialan

Pemohon haruslah mempunyai hak eksklusif untuk mengkomersialkan teknologi tersebut (pemilikan harta intelek atau lesen eksklusif).
DANA PENGKOMERSIALAN

Sokongan & Penglibatan Peserta

Permohonan Dibuka
Walaupun kami menyediakan rangka kerja strategik dan bimbingan pakar bagi mempercepatkan proses pengkomersialan, komitmen aktif anda adalah penting bagi memastikan pencapaian yang ditetapkan dapat diterjemahkan kepada kejayaan di pasaran.
Apa yang akan anda terima
Sokongan Komersial
  • Menerima bimbingan berstruktur berasaskan pencapaian yang disesuaikan dengan keperluan pelaksanaan dan tahap kesiapsiagaan pasaran anda.
Perancangan Strategi
  • Sokongan pakar dalam menangani keperluan kawal selia, perancangan pensijilan, serta pembangunan strategi go-to-market yang kukuh.
Pengesahan Komersial
  • Pengesahan komersial dan perancangan penerimaan pasaran disokong melalui pemantauan, pengesahan serta penjejakan prestasi yang berterusan.
Apa yang diperlukan dari anda
Komitmen Program
  • Komitmen terhadap pelan pelaksanaan berasaskan pencapaian serta penyertaan aktif dalam semua sesi dan penilaian.
Ketelusan
  • Penyampaian data kemajuan dan bukti pencapaian secara tepat pada masanya bagi mengesahkan pertumbuhan serta impak program.
Pemantauan Prestasi Komersial
  • Penglibatan berterusan sehingga 24 bulan selepas penyiapan bagi menjejaki kejayaan pengkomersialan yang berterusan.
DANA PENGKOMERSIALAN

Proses Permohonan

Application Open

july

Application Close

August

Selection Process

August

Accelerator Commences

September - November

Post Programme Sipport

November - December

Proses Penilaian Kelayakan
Sediakan Dokumen yang Diperlukan
Penghantaran Permohonan
Penilaian dan Penjelasan
Penyertaan Program dan Permulaan Pencapaian
Application Open

july

Application Close

August

Application Process

August

Accelerator Commences

September - November

Post Programme Sipport

November - December

DANA PENGKOMERSIALAN

Penerbitan

Maklumat Lanjut

Apakah itu Dana Pengkomersialan?

Dana Pengkomersialan merupakan inisiatif pembiayaan strategik di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang dipandu oleh Pelan Hala Tuju RDICE, selaras dengan Dasar Sains Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030. Ia direka untuk merapatkan jurang "Valley of Death" antara kejayaan penyelidikan dan kejayaan pasaran, serta menyediakan pembiayaan pemangkin dan kerangka intervensi berstruktur bagi memastikan hasil R&D sampai kepada pengguna dan pasaran sebenar.

Siapa yang boleh memohon dana ini?

Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memiliki 51% pegangan saham warganegara Malaysia. Pemohon yang layak termasuk mana-mana yang berikut:

  • PKS (SME)
  • Syarikat Pemula (Startup)
  • Syarikat Spin-off
  • Pasukan yang diterajui oleh Penyelidik
Apakah keperluan kesediaan teknikal?

Pemohon mesti memenuhi tahap kesediaan minimum berikut:

Apakah bidang teknologi yang diutamakan?

Inisiatif ini mengutamakan teknologi berorientasikan misi di bawah pendekatan RDICE yang mempercepatkan pengkomersialan dalam bidang yang selaras dengan keutamaan negara, termasuk keterjaminan makanan, daya tahan kesihatan, tenaga bersih, dan transformasi digital di bawah kerangka 10-10 MySTIE. Keutamaan diberikan kepada penyelesaian yang menggunakan teknologi pemangkin utama seperti Bahan Termaju, Bioteknologi, Nanoteknologi, Rantaian Blok (Blockchain), Robotik, dan Internet Kebendaan (IoT).

Berapakah jumlah pembiayaan yang tersedia bagi setiap projek?

Jumlah pembiayaan maksimum untuk Dana Pengkomersialan adalah bernilai RM1 juta.

Apakah pecahan pembiayaan?

Keseluruhan skop projek dibahagikan kepada tiga bidang utama:

  • Skop 1: Pembangunan Projek – Menyokong pelaksanaan aktiviti secara langsung yang membawa kepada produk sedia ada dan model perniagaan yang disahkan
  • Skop 2: Pemecut Pengkomersialan Berstruktur (SCA) – Memberi tumpuan kepada pembinaan kesediaan perniagaan dan pelaburan sambil melibatkan pasukan projek ke dalam sistem sokongan bagi ekosistem inovasi.
  • Skop 3: Perkhidmatan Inovasi – Merangkumi akses kepada ekosistem inovasi dan kemudahan bersepadu MRANTI, menyediakan sokongan teknikal dan pengkomersialan berterusan sepanjang kitaran hayat projek untuk melengkapkan aktiviti pembangunan produk dan SCA, memastikan setiap projek mencapai ketahanan komersial, teknikal dan kawal selia.
Apakah itu SCA / ESCA / Perkhidmatan Inovasi (IS)?
  • SCA (Structured Commercialisation Accelerator): Sokongan berstruktur semasa fasa pelaksanaan 12 bulan untuk membantu penerima melaksanakan pengkomersialan, termasuk bimbingan mentor, sokongan akses pasaran, dan aktiviti kesediaan komersial.
  • ESCA (Extended SCA): Sokongan pasca-penyiapan projek selama 24 bulan untuk mengekalkan momentum selepas geran, memberi tumpuan kepada pengembangan pasaran dan penglibatan pelabur.
  • IS (Innovation Services): Perkhidmatan sokongan program yang membolehkan tadbir urus pelaksanaan seperti penilaian undang-undang dan perjanjian, pemantauan projek, serta lawatan tapak.
Untuk apakah pembiayaan ini boleh digunakan?

Pembiayaan ini bertujuan untuk aktiviti yang secara langsung menggerakkan inovasi ke arah kesediaan pasaran dan penggunaan, seperti penambahbaikan produk, penyediaan penggunaan rintis, akses pasaran, dan item pelaksanaan pengkomersialan yang telah dipersetujui.

Untuk apakah pembiayaan in TIDAK boleh digunakan?

Item yang tidak selaras dengan skop projek yang diluluskan, tidak terikat dengan pencapaian (milestones) yang dipersetujui, atau kos yang tidak menyumbang kepada hasil pengkomersialan tidak akan disokong. Ini juga termasuk perbelanjaan projek terdahulu atau yang telah berlaku (kos yang dibelanjakan sebelum kelulusan atau di luar tempoh projek yang diluluskan).

Adakah saya perlu menyediakan pembiayaan bersama atau sumbangan?

Ya. Pemohon mesti mampu menyumbang sebahagian daripada kos projek dan menunjukkan bukti kapasiti kewangan. Keperluan sumbangan minimum dan cara pengiraannya akan dinyatakan dalam garis panduan rasmi.

Bagaimana dana disalurkan?

Dana dibayar melalui penyaluran pendahuluan berdasarkan dua tahap pencapaian (milestones).

  • Milestone 1: Dibayar selepas penyerahan sebut harga dan dokumen sokongan.
  • Milestone 2: Dibayar selepas semakan tuntutan dan penyelarasan tahap pertama; pemotongan akan dibuat jika terdapat baki dana yang tidak digunakan daripada Tahap 1.
Berapa lamakah tempoh program ini?

36 bulan secara keseluruhan, yang terdiri daripada 12 bulan pelaksanaan (pembangunan produk dan pengkomersialan awal) diikuti oleh 24 bulan sokongan pengkomersialan lanjutan (ESCA).

Apakah hasil utama yang diharapkan?
  • Pada 12 Bulan: Produk Sedia Pasaran (TRL9), 1-2 penggunaan rintis, jualan/pelesenan awal, dan pendaftaran IP baharu.
  • Pada 36 Bulan (Pasca ESCA): Kelestarian projek, pembiayaan susulan, dan penembusan ke dalam pasaran/vertikal industri baharu.
Bagaimana cara untuk memohon Dana Pengkomersialan?
  • Akses Portal: Klik pautan: mranti.my/dana untuk bermula.
  • Pra-penyaringan: Lengkapkan penilaian pra-penyaringan wajib untuk mengesahkan kelayakan dan keselarasan dengan objektif program.
  • Permohonan Penuh: Jika anda layak berdasarkan keputusan pra-penyaringan, anda akan diarahkan ke borang permohonan.
  • Sokongan Peribadi: Anda boleh menjadualkan sesi konsultasi dengan kami atau hubungi pasukan kami melalui e-mel di danapengkomersialan@mranti.my untuk bantuan lanjut.
OTHER PROGRAMMES

Explore Other Programmes