Kuala Lumpur, 30 Mac 2022 – Rangkaian siaran tempatan, SUKE TV, telah mula penyiaran secara langsung untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia mulai minggu ini.
Rangkaian yang diasaskan oleh ikon hiburan Dato’ AC Mizal akan menyiarkan program beli belah tempatan yang menampilkan selebriti, pempengaruh dan usahawan tempatan di mana penonton boleh membeli-belah secara langsung sambil menonton TV, 24 jam sehari di myFreeview, rangkaian penyiaran digital tanpa langganan untuk TV yang pertama di Malaysia.
Antara program yang disiarkan adalah SUKECeleb, program perdana SUKE TV yang menampilkan selebriti menjual produk mereka kepada penonton; serta SUKEHati, program beli-belah dari rumah yang melibatkan peniaga tempatan memasarkan produk mereka. Melalui inisiatif-inisiatif seperti ini, SUKE TV berhasrat memerkasa pangkalan pelanggan untuk PKS tempatan di seluruh negara melalui saluran TV percuma, sambil mencipta aliran pendapatan baharu untuk penghibur tempatan yang terjejas oleh pandemik. SUKE TV juga menyediakan sebuah platform baru untuk peminat berinteraksi dengan selebriti pujaan mereka.
Ramai artis tempatan telah pun menyertai SUKE TV baru-baru ini bagi menyokong misi dan visi rangkaian tersebut untuk memasarkan produk -produk tempatan. Antara bakat tersebut termasuk Diana Danielle, Didi Alias, Salina Saibi, Dynas Mokhtar, Thanuja, Achey dan ramai lagi.
Dengan infrastruktur yang luas, kepakaran dan perkongsian industri yang akan datang, SUKE TV menyasarkan pembangunan dan penyampaian kandungan asli dalam semua genre untuk penonton TV dan medium digital semasa Malaysia dalam masa nyata.
Sejak tahun lalu, SUKE TV telah menjayakan pelbagai perkongsian, terutamanya perjanjian pembiayaan dengan Malaysian Debt Ventures (MDV), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (MOF); dan baru-baru ini, SUKE TV juga telah menjalinkan kerjasama dengan MRANTI Nexus, sebuah entiti penyelidikan dan pembuatan kontrak di bawah kumpulan syarikat Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).
Sempena siaran perdana tersebut, SUKE TV telah menganjurkan sebuah pertandingan di mana penonton berpeluang memenangi hadiah mingguan dan bulanan. Untuk menyertai, penonton perlu mengumpul empat set nombor misteri yang akan dipaparkan sepanjang minggu dari hari Isnin hingga Jumaat, atau dengan pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit daripada SUKE Shop, dan menghantarkan melalui mesej Whatsapp ke nombor 03- 92262253 sebelum setiap hari Sabtu jam 12 tengahari. Hadiah untuk dimenangi termasuk motosikal (bulanan), telefon bimbit (mingguan) dan pelbagai hadiah misteri.
SUKETV kini boleh ditonton secara percuma di saluran MYTV 116.