Zero Waste Management System

Pengurusan sisa pepejal dan makanan yang tidak sempurna boleh mendatangkan bau busuk dan mengundang kehadiran binatang perosak seperti lalat, lipas dan tikus yang boleh mengakibatkan penularan wabak penyakit berbahaya. Zero Waste Management System (ZEWMAS) dapat menyelesaikan masalah ini kerana ZEWMAS menukarkan sisa makanan kepada plant booster dan baja organik serta mampu mengurangkan penggunaan baja kimia yang menyumbang kepada kesan rumah hijau. Baja organik yang terhasil daripada ZEWMAS ini dikenali sebagai baja Organik MOZA, manakala plant booster pula dinamakan sebagai Booster IKBN Pekan (BIP). Baja organik MOZA dihasilkan daripada bahan bakar, mikrob dan tinja kambing serta boleh meneutralkan pH tanah. Baja organik ini mengandungi 12 jenis nutrien yang dapat meningkatkan sistem imunisasi tanaman dan 99.9% bebas patogen. Berdasarkan kajian, penggunaan baja organik MOZA selama 14 bulan, tanah menjadi sangat subur dan pembajaan dapat dikurangkan sebanyak 60%.