YUMNY Mi Sayur

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)

Inovasi Mee Sayur adalah berbeza daripada mee kuning biasa dengan kualiti nutrisi daripada gabungan karbohidrat rendah, serat, protein, vitamin, mineral dan warna semulajadi dan sifat pemakanan dari sayuran itu sendiri. Mee sayur berpotensi untuk menarik kanak-kanak dan dewasa untuk mendapatkan makanan yang sihat dan berkualiti, serta mengurangkan potensi mendapat penyakit seperti diabetes dan serangan jantung. Dengan harga jualan yang berpatutan, produk ini mampu bersaing dengan jenama tempatan dan yang diimport daripada luar negara. Setakat ini, Pasar raya Az-Zain antara peruncit yang konsisten mempromosi dan memasarkan produk ini di cawangan mereka seluruh negara. Berasal dari Johor Baharu, produk ini menerima bantuan HIP6 melalui peningkatan kapasiti pengeluaran dan pematuhan sijil halal, penambahbaikan pembungkusan dan fakta nutrisi pemakanan, pensijilan harta intelek dan promosi melalui acara dan program.