Versatile Graphene

Universiti Putra Malaysia (UPM) - Go Advance Solutions Sdn. Bhd.

Versatile Graphene menggunakan kaedah mesra alam untuk menghasilkan graphene daripada grafit. Proses ini berpotensi menjadikan Versatile Graphene sebagai produk yang dapat menjana ekonomi dan dapat menghasilkan graphene secara besar-besaran. Versatile Graphene telah berjaya dikomersialkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan kepada universiti dan institusi penyelidikan, dan telah menunjukkan kebolehpasaran dalam sektor industri yang melibatkan produk getah nitril/asli seperti: i) sarung tangan dan kondom; ii) pendingin cecair nano; iii) dakwat pencetak inkjet; dan iv) penyerap minyak.