UNACoffee

Fav Food Industries

UnaCoffee adalah kopi yang unik, bernutrisi dan boleh dijadikan sebagai pengganti makanan. Ianya rendah kafein, tinggi kandungan protein dan mengandungi Vitamin B kompleks. UnaCoffee juga menggunakan gula nano yang rendah indeks glisemik dan mempunyai kesan yang kurang terhadap kandungan glukosa dalam darah. Kandungan protein dan Vitamin B kompleks ini memberikan tenaga dan kesegaran sepanjang hari. UnaCoffee juga dapat membantu untuk menurunkan berat badan kerana kandungan proteinnya yang tinggi dan kandungan Vitamin B seperti Thiamine (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyrodixine (B6), Folic Acid (B9) dan Cobalamin (B12) yang memberikan pelbagai khasiat seperti meningkatkan metabolisma tenaga, membantu memperbaiki sistem saraf dan meningkatkan antibodi serta kestabilan emosi. Jumlah kandungan protein dan Vitamin B kompleks yang terdapat di dalam UnaCoffee ini juga mematuhi piawaian Malaysia Food Regulation 1985.