TrueCareTM 786
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Baja organik TrueCare™ 786 telah dilesenkan kepada Fidah Sdn. Bhd. untuk dikeluarkan secara komersial. Produk ini merupakan inovasi teknologi hijau yang dipatenkan ke arah penggunaan baja berorganik untuk mengawal penyakit Ganoderma, meningkatkan pertumbuhan pokok dan hasil kelapa sawit. Baja organik ini mengandungi nutrien seimbang (N, P, K dan Mg); serbuk organik tandan buah sawit kosong (EFB) dan unsur nutrien bermanfaat.