Trichoshield®

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Trichoshield® merupakan satu teknologi baharu yang melindungi kelapa sawit daripada penyakit reput pangkal batang (RPB). Malaysia telah menanggung kerugian yang mencecah jutaan ringgit kerana penyakit RPB dalam industri sawit. Trichoderma yang wujud secara semula jadi bergerak dalam sistem akar untuk memberikan perlindungan terhadap sebarang jangkitan paogen iaitu Ganoderma Boninense. Proses ini membantu mengurangkan kos dengan lebih efektif berbanding dengan penggunaan bahan kimia. Trichoshield® juga lebih mesra alam kerana dihasilkan dengan menggunakan sisa bio kelapa sawit, mampan dan kos efektif untuk digunakan dalam pengurusan Ganoderma bersepadu (IGM) bagi ladang kelapa sawit.