Synthetic Antibody Production via in Silico Conformational Aptamer Development by Design (ICADD)

Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL)

Antibodi sintetik atau aptamer adalah kaedah baharu untuk mendapatkan antibodi yang sesuai. In Silico Conformational Aptamer Development by Design (ICADD) dapat menghasilkan aptamer atau antibodi sintetik mengikut keperluan affiniti molekul yang disasarkan. Aptamer yang dihasilkan sesuai digunakan dalam pelbagai ujian pengesanan dan kini telah dilesenkan untuk kegunaan komersial melalui aplikasi aptasensor. Antara kelebihan ICADD adalah: i. Molekul yang berfungsi seperti antibodi yang direka khas; ii. Tidak menggunakan haiwan; iii. Antibodi sintetik dijamin afiniti dan khusus; iv. Antibodi sintetik boleh direka dalam masa singkat dan diuji secara “in silico” untuk tahap afiniti; v. Menjimatkan masa dan kos berbanding penghasilan antibodi secara konvensional; vi. Tiada variasi kumpulan; vii. Stabil dalam suhu bilik dan suhu tinggi; viii. Antibodi sintetik boleh direka untuk pengesanan toksin; dan ix. Mempunyai keupayaan terapeutik.