Smart Urban Farming & Aquaponics System (SURF X1)
NanoMalaysia Berhad - Green Eklan Sdn. Bhd.

SURF X1 mampu menjana tenaga elektrik untuk diguna pakai oleh pam bermotor dan sistem Internet of Things (IoT) melalui Panel Cahaya Nano. SURF X1 dihasilkan untuk memenuhi kehendak penduduk dan kegunaan bandar di mana fungsi produk ini membolehkan penghasilan tenaga mampan dalam pertanian dan perikanan. Potensi pelabur bagi produk ini merangkumi sektor-sektor komersial seperti pusat membeli-belah, kafe, taman perumahan, kondominium dan pendidikan (kit pendidikan).