SMAPS - Kesukaran Memberi Rawatan Serangan Asma Ketika Banjir

Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman Kementerian Kesihatan Malaysia

Idea asal produk adalah untuk memastikan kelangsungan bekalan elektrik di bilik rawatan kecemasan di klinik semasa bencana atau terputus bekalan elektrik. Produk ini bersifat kompak dan mudah untuk diletakkan di bilik rawatan kecemasan di klinik-klinik kesihatan. Ia bertujuan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan-peralatan perubatan yang penting seperti mesin ECG, nebuliser, defibrillator, neopuff suction machine dan sebagainya. Ia turut menggunakan hand crank dan bersifat rechargeable bagi menyimpan tenaga elektrik.