Sleek Pump

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Sleek Pump merupakan pam khas yang digunakan untuk aktiviti penuaian madu kelulut yang mana ciptaan ini meningkatkan keberkesanan proses menyedut madu sehingga 2 hingga 3 kali ganda lebih pantas dan kualiti madu yang disedut tidak terjejas. Ia dibangunkan menerusi kerjasama strategik di antara Universiti Malaysia Pahang dan komuniti penternak lebah kelulut. Produk ini juga adalah ringan dan tahan lasak.