Sistem Pengawasan Aerostat

Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)

Aerostat adalah untuk pemantauan dan pengawasan dari udara yang dilengkapi dengan kamera dan peralatan radio yang boleh memanjangkan jarak komunikasi. Kegunaan sistem ini sesuai untuk pengawasan maritim & sempadan, keselamatan dalam negeri, risikan, komunikasi, penghantaran data, fotografi dari udara dan pengiklanan.