SCALEBone
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

SCALEBONE ialah tulang sintetik yang inovatif dan dihasilkan daripada poliuretana yang boleh digunakan untuk ujian implan, bengkel bagi pelajar perubatan dan pendidikan. SCALEBONE mempunyai kos yang rendah dan sesuai untuk digunakan di ASIA berbanding Sawbones (USA), Synbone (Switzerland) dan Orthobone (Jerman). Beberapa ciri utama SCALEBONE adalah seperti berikut: i. Kekuatan mekanikal yang serupa dengan tulang cancellous; ii. Struktur yang serupa dengan tulang sebenar; dan iii. Boleh menggantikan anggota badan yang dipotong.