Scalable Skid for Smart Farming System
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Scalable Skid for Smart Farming System membantu pembajaan dan pengairan tanaman dalam mod mudah alih untuk memastikan pengeluaran tanaman berkualiti tinggi tanpa menggunakan teknik konvensional. Ia terdiri daripada tangki air, tangki baja dan pam penggalak. Reka bentuk Scalable Skid for Smart Farming System membolehkan pemilik tanaman membuat pemantauan secara dalam talian melalui platform Internet of Things (IoT).