SATEPORT
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perai, Pulau Pinang

SATEPORT adalah mesin pemanggang sate untuk memanggang atau membakar sate menggunakan pemanas elektrik yang sesuai digunakan di hotel, medan selera, pasar raya dan restoran. Mesin ini menggunakan pendekatan layan diri dan mampu membakar sate sebanyak 760 cucuk sate dalam masa satu jam. Ia juga mudah dibawa dan digunakan di mana sahaja.