Sabit Sawit Pintar
Jabatan Tenaga Manusia

Sabit Sawit Pintar membantu memudahkan kerja-kerja memotong pelepah dan tandan buah kelapa sawit. Sabit Sawit Pintar ini menggunakan konsep kinematik yang mana dapat meringankan proses pemotongan melalui daya tolakan dan hentakan pada pemegangnya. Sabit ini dapat menjimatkan masa, meningkatkan pengeluaran sawit dan seterusnya meningkatkan pendapatan.