Rose-UV by Naturel Kiss
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) SHE Empire Sdn. Bhd.

Produk pelindung matahari berasaskan bahan-bahan yang tidak bertoksik dengan ekstrak tumbuhan tempatan iaitu minyak Roselle. Minyak Roselle mempunyai kandungan tokoferol yang tinggi, kandungan asid lemak dan vitamin E yang mempunyai ciri anti-penuaan, kesan perlindungan optimum pada sel-sel kulit, penghalang pencemaran serta mengekalkan kulit supaya sentiasa terhidrasi. Fungsi utama produk ini adalah untuk melindungi kulit daripada sinaran Ultraviolet Type A (UVA) dan Ultraviolet Type B (UVB) dengan tekstur yang ringan, memberikan penghidratan dan keselesaan kepada kulit. Ia juga mengandungi asid hyaluronik dan ekstrak akar Licorice untuk keanjalan dan pencerahan kulit.