Prospek Kerjaya (PK)
MIMOS Berhad

PK merupakan satu pentaksiran dalam talian yang dibangunkan melalui teknologi pentaksiran digital MIMOS Berhad. PK dapat digunakan untuk mengukur minat kerjaya individu yang berusia 15 tahun dan ke atas. PK juga mengandungi cadangan-cadangan bidang pengajian berdasarkan minat kerjaya serta pilihan-pilihan kursus pengajian yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi di dalam negara dan di negara-negara Komanwel bagi kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).