Plastik Serai Wangi Biodegradasi

Anarich Sdn. Bhd.

Plastik Serai Wangi Biodegradasi merupakan fungsi gabungan antara beg plastik dan penghalau serangga. Haruman serai wangi dapat mengusir serangga seperti lalat, nyamuk, tikus dan lipas. Produk ini boleh terbiodegradasi menjadi sisa pepejal yang terurai ke dalam tanah (compostable) dengan selamat dan cepat. Plastik Serai Wangi Biodegradasi menjadi satu jalan penyelesaian ke arah bumi hijau bagi semua rakyat Malaysia dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.