Pilot Plant for Commercial Production of Rice Straw Fibre Pulp
Free The Seed Sdn. Bhd

Proses baharu diperkenalkan untuk menghasilkan pulpa selulosa biomass daripada bahan buangan sisa padi, iaitu jerami padi. Pulpa yang dihasilkan melalui bio-teknologi mechanical-pulping ini sesuai untuk penghasilan produk-produk pembungkusan mesra alam biodegradasi berkualiti tinggi yang mudah urai secara semulajadi dalam tanah kurang daripada 180 hari, menepati piawaian negara Eropah. Jerami padi dari negeri Kedah telah berjaya dieksport ke pasaran Australia, Eropah dan United Kingdom dalam bentuk produk pembungkusan biodegradasi & komposit dan telah mencipta nilai tambah lebih daripada sepuluh kali ganda daripada model circular economy supply chain.