Photopic Measurement System (PMS)

Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM)

Photopic Measurement System (PMS) adalah sistem pengukuran cahaya berketepatan tinggi yang dibangunkan oleh Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM). Objektif utama adalah untuk menyokong Akta Sistem Pengukuran Nasional 2007 dalam memastikan amalan pengukuran berstruktur yang baik dalam skop pengukuran. Ia dirancang dan dihasilkan untuk memastikan tahap kestabilan berada dalam homogen tertinggi. Melalui ciri-ciri ini, ia berfungsi sebagai sumber kebolehkesanan dan berkualiti dalam spektrum fotometrik. PMS adalah standard pengukuran kebangsaan yang sangat berguna untuk industri seperti automotif, lampu, perunding lampu dan jurutera serta pihak berkuasa seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP). Melalui kaedah PMS, ia dapat menyelaraskan pengukuran parameter.