Pearl Trekker
Mutiara Technology Sdn. Bhd.

Pearl Trekker© merupakan sistem aplikasi untuk menyalurkan dan menukarkan data Global Positioning System (GPS) kepada format yang dikehendaki oleh pengguna. Ianya mengumpulkan signal GPS dari tempat kejadian atau lokasi dan menyalurkan data yang telah dikehendaki bagi tujuan Automatic Vehicle Location Service (AVLS) dengan ketetapan masa sebenar. Sistem ini juga dapat membantu pihak berkuasa dalam melaksanakan tugas menangani kegiatan yang menyalahi undang–undang dengan lebih efektif dan efisyen.