Pandai

Pandai Education Sdn. Bhd.

Pandai merupakan satu aplikasi pembelajaran untuk pelajar berusia 7 tahun sehingga 17 tahun bagi membantu meningkatkan tahap pencapaian akademik melalui gamifikasi yang berkaitan dengan kurikulum dalam aplikasi Pandai. Satu laporan berkaitan pencapaian pelajar dan masalah/kelemahan pelajar berdasarkan beberapa kriteria akan dijana secara automatik supaya guru dapat membantu pelajar tersebut dengan perancangan yang lebih jelas. Aplikasi Pandai juga mengandungi video dan nota untuk setiap subjek.