Neo-MoMac
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Neo-MoMac adalah sistem pemantauan dalam proses pemesinan yang mengandungi dinamometer dengan kos yang rendah, peranti pemerolehan data mudah alih dan antara muka pengguna grafik pintar. Ia adalah sistem pemantauan masa nyata berasaskan daya pemotongan yang diukur menggunakan penderia tolok terikan. Fungsi utama dinamometer Neo-MoMac adalah mengukur daya pemotongan semasa proses pemesinan dan memantau keadaan mata alat dalam proses pemesinan menggunakan daya pemotongan ini.