MyRM Kelulut Honey

National Metrology Institute of Malaysia (NMIM)

MyRM Kelulut Honey adalah bahan rujukan pengukuran yang diperakui dan digunakan untuk pengesahan hasil analisis bagi memastikan kualiti madu kelulut yang dihasilkan di Malaysia. Bahan rujukan MyRM Kelulut Honey dibangunkan melalui kerjasama penyelidikan dan pembangunan antara NMIM, SIRIM Berhad dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). MyRM Kelulut Honey merupakan pendekatan kaedah ketepatan tinggi untuk memastikan pengukuran tepat dan dipercayai melalui kebolehkesanan metrologi untuk parameter pengukuran tertentu.