MyB Prosthetic Limb

Universiti Kebangsaan Malaysia

Inovasi prosthesis kaki palsu ini mempunyai pergerakan pada buku lali dimana pengguna dapat berada di dalam posisi melutut tanpa perlu menanggalkan kaki palsu. Dengan kelebihan yang terdapat pada prosthesis ini, ia dapat memberi keselesaan kepada pengguna dan juga dapat membantu pesakit untuk melakukan aktiviti yang memerlukan mereka untuk melutut di atas lantai seperti solat bagi yang beragama Islam dan posisi ibadah bagi yang beragama lain. Ia juga membolehkan aktiviti beriadah seperti senaman yoga dilakukan dengan mudah.