Mikroemulsi-Larutan Pencuci Pelbagai Guna 2 dalam 1 Berasaskan Sawit
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Produk Mikroemulsi-Larutan Pencuci Pelbagai Guna 2 dalam 1 dihasilkan daripada bahan-bahan terbitan sawit secara semulajadi dan mampan, bahan citral (lemon myrtle) dan air. Produk Mikroemulsi-Larutan Pencuci Pelbagai Guna 2 dalam 1 sangat berkesan menghilangkan kotoran gris dan minyak kerana saiz nanodroplet (1-100nm) dalam larutan mikroemulsi meningkatkan kapasiti solubilisasi bagi kotoran bersifat polar dan tidak polar di atas permukaan keras di rumah dan kawasan industri. Lemon myrtle dalam produk Mikroemulsi-Larutan Pencuci Pelbagai Guna 2 dalam 1 juga meningkatkan kuasa pembersihan, penghalau serangga dan sebagai anti-mikrob kerana mengandungi bahan citral yang sangat tinggi (90–98%).