Makanan Ikan dari Bulu Ayam

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Bulu ayam dihidrolisiskan untuk meningkatkan penghadaman protein dalam bulu ayam bagi ikan ternakan. Produk yang dihasilkan ini mampu meningkatkan penghadaman sehingga 80% berbanding dengan teknik biasa yang hanya mencapai keupayaan penghadaman sebanyak sekitar 60%. Bagi memastikan proses ini mesra alam, air yang digunakan akan dirawat dan dikitar semula.