Lokasi.io

Red Angpow Sdn. Bhd.

Lokasi.io adalah aplikasi yang membantu pemaju hartanah menilai potensi hartanah dengan pantas. Aplikasi ini menggabungkan data yang telah dikumpul oleh Kerajaan, agensi berkaitan dan data pengguna dalam satu platform. Lokasi.io juga merupakan Application Programming Interface (API) yang memaparkan Point of Interest (POI) di atas peta. POI ialah titik di atas peta dengan koordinat yang mengandungi maklumat seperti luas, kemudahan awam, data pendapatan penduduk, aliran trafik, jumlah lot parkir, jajaran pengangkutan awam dan lain-lain.