LECTROFUN 2.0: Kit Eksperimen Elektrokimia

LECTROFUN 2.0 mengandungi kit pendidikan dan modul yang dibina mengikut spesifikasi kurikulum kimia tingkatan 4, Kementerian Pelajaran Malaysia berasaskan eksperimen. Aktiviti LECTROFUN 2.0 menggunakan bahan kimia hijau, bahan kitar semula dan bahan yang mudah diperoleh di sekeliling kita. Ia memperkenalkan konsep asas elektrokimia dan elektrolisis dalam pendekatan pembelajaran berpandu. Projek ini boleh menggalakkan pelajar menjadi lebih kreatif dan memotivasikan pelajar untuk belajar secara kendiri terutama dalam mata pelajaran kimia. LECTROFUN 2.0 juga dapat memberi idea kepada guru untuk mempelbagaikan teknik pembelajaran di makmal dan sesuai digunakan di peringkat A level, matrikulasi dan peringkat diploma sebagai pengukuhan konsep asas elektrokimia.