Keropok Ikan Empat Segi dan Bekas Pengeringan untuk Menghasilkan Keropok
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Keropok ikan empat segi adalah teknologi baharu yang dihasilkan oleh MARDI supaya dapat memaksimumkan ruang pembungkusan keropok ikan. Teknologi ini juga dapat membantu mengurangkan peratusan kepingan yang pecah. Bekas pengeringan yang direka khas untuk keropok ikan empat segi supaya bentuk yang dihasilkan tidak meleding, seragam, menjimatkan ruang pembungkusan dan penampilan yang lebih menarik. Bekas pengeringan ini juga dapat menjimatkan kos pembungkusan dan ruang penyimpanan.