Kelapa Hybrid MARDI

Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI)

Tiga jenis baka hybrid kelapa baharu iaitu CARECA, MARLECA dan MYLAG telah dhasilkan oleh MARDI. Baka-baka hybrid ini telah dinilai selama 10 tahun dari segi prestasi pertumbuhan, pengeluaran hasil dan analisis komponen buah kelapa matang. Ia mampu untuk mengeluarkan hasil yang lebih tinggi dan lebih cepat berbanding dengan pokok kelapa tradisional, Malayan Tall.