In-Field Sago Log Transporter

CRAUN Research Sdn. Bhd.

Sago Log Transporter adalah projek kerjasama di antara MARDI dan CRAUN. Sago Log Transporter adalah mesin untuk mengangkut keratan batang sagu dari tapak penuaian di ladang ke tapak pengumpulan di jalan utama. Penggunaan mesin ini akan mengurangkan kejerihan dan meningkatkan efisiensi aktiviti penuaian di ladang. Maklumat teknikal Sago Log Transporter adalah seperti berikut: • Menggunakan trek getah khas dengan spesifikasi sesuai untuk kawasan tanah lembut (no sinkage); • Enjin diesel berkuasa 85hp dengan transmisi powershift; • Kapasiti maksima 2.0 ton secara muatan atau tarikan; • Meningkatkan kecekapan evakuasi batang sagu 5 kali ganda berbanding dengan kaedah manual; dan • Boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti kerja ladang. Mesin ini telah dipaten di Malaysia oleh CRAUN Research Sdn. Bhd. (Pemilikhak Paten).