i-STP
Universiti Putra Malaysia (UPM)

i-STP adalah sebuah sistem rawatan kumbahan untuk penempatan yang tidak berpusat. Ia mempunyai ciri-ciri modular yang boleh dibuka dan mudah dipasang apabila rawatan kumbahan tidak berpusat diperlukan bagi merawat najis di kawasan pendalaman. i-STP bersaiz kecil (350L) dan boleh diangkut dengan bot untuk dipasang di bawah tandas di perkampungan air di Borneo. Hasil kumbahan terawat memenuhi Standard A Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN).