HippoScan
Agensi Nuklear Malaysia (NUKLEAR)

HippoScan merupakan satu sistem pengukuran kelembapan termaju dengan menggunakan teknik serak balik neutron. HippoScan adalah mudah alih, tidak mengganggu operasi dan tidak perlu menanggalkan mana-mana bahagian penebat sebelum pengukuran dilakukan. Hipposcan mampu mengenal pasti kehadiran kelembapan dalam penebat. Boleh digunakan pada pelbagai komponen proses dan paip serta bertindak balas khusus mengesan kelembapan di dalam penebat. Ianya cepat untuk mengenal pasti penebat basah yang mungkin mengakibatkan kakisan dan kegagalan komponen proses dan paip terutamanya karat di bawah penebat.