Galah Tuis
Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)

Galah Tuis adalah alat penuaian untuk buah-buahan yang tinggi. Produk ini dapat membantu proses membungkus dan memetik buah yang berada di atas pokok dengan cepat dan mudah. Produk ini juga dapat mengurangkan jumlah buah yang rosak dan dapat mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja kerana tidak perlu memanjat pokok bagi memetik atau membungkus buah yang tinggi. Galah Tuis mudah digunakan dan dibawa. Penggunaan kertas krep (crepe paper) ungu khas adalah untuk melindungi buah dari sinaran UV dan dapat membantu menghasilkan aroma yang lebih manis dalam buah-buahan.