Flexible Silkscreen Printing Table (FLEXSILK)
Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif, Majlis Amanah Rakyat (MARA)

FLEXSILK adalah meja cetakan baju yang mudah digunakan oleh semua golongan termasuklah golongan Orang Kurang Upaya (OKU) terutama yang menggunakan kerusi roda. Meja cetakan FLEXSILK ini menggunakan reka bentuk yang sangat unik, fungsi yang fleksibel, saiz yang lebih kecil dan penggunaan ruang kerja serta ruang penyimpanan yang minimum. Ia juga telah membuka peluang perniagaan kepada golongan B40 seperti ibu tunggal bagi membantu menjana pendapatan.