Farm Assist Robot for Multi Operation
Farmotic Sdn. Bhd.

FARMO adalah robot pertanian yang direka dan dibangunkan untuk membantu para petani dalam tugas penanaman seperti penyemburan racun perosak. Operasi penyemburan racun perosak adalah tugas yang memakan masa dan berisiko tinggi yang memerlukan petani memakai pakaian keselamatan dan alat pernafasan. Robot FARMO akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tugas penyemburan racun perosak dengan mengurangkan waktu operasi sehingga 50% dan menjimatkan 20% penggunaan racun perosak atau baja foliar. Penggunaan robot mudah alih dalam bidang pertanian berpotensi untuk meningkatkan kualiti produk segar, mengurangkan kos pengeluaran dan mengurangkan penggunaan tenaga kerja secara fizikal.