E-Payment

MARA Electronic Payment System (MARAeps) adalah perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh MARA sebagai Gerbang Pembayaran Elektronik utama kepada semua pelanggan MARA. Sistem ini boleh diakses melalui laman sesawang dan dimuat turun melalui Google Play atau App Store. Tujuannya adalah untuk penerimaan bayaran pinjaman pendidikan, pembiayaan perniagaan, yuran, sewa premis dan sebagainya. MARAeps memudahkan pengguna membuat bayaran tidak kira di mana mereka berada dan pada bila-bila masa. MARAeps tertakluk kepada pematuhan dan proses pelaksanaan oleh PayNet dan bank-bank pembayar. Spesifikasi keselamatan PCI menjadi asas piawaian untuk sistem operasi MARAeps. Sistem kawalan keselamatan yang tinggi dan sistem perlindungan penapisan penipuan memberi perlindungan kepada keselamatan data dan maklumat kewangan pengguna.