D’Hair
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

D’hair terdiri daripada ekstrak tumbuhan semulajadi yang merupakan ekstrak kulit manggis dan ia adalah bebas daripada bahan kimia yang boleh membahayakan kulit rambut kita. Fungsi D’hair adalah merangsang pertumbuhan rambut yang lebih cepat dan sihat, menguatkan rambut dan juga membantu menyelesaikan masalah rambut gugur.