Bioactive Microorganism Enzymatic Surface Cleaner (BMESC)/Multi-purpose Cleaner

Bioactive Microorganism Enzymatic Surface Cleaner (BMESC) atau Multi-purpose Cleaner mampu menghilangkan minyak, gris serta bakteria dan kulat yang terdapat pada permukaan seperti lantai, bilik mandi dan sinki dengan menggunakan bahan yang selamat dan semula jadi. Zarah BMESC yang bersaiz 8.940nm membolehkan ia menembusi ruang kecil dan rekahan bagi menghalang pembentukkan bakteri dan kulat. BMESC juga terbukti lebih mudah dibiodegradasi iaitu sebanyak 82% dalam tempoh 28 hari. BMESC mampu menghapuskan lebih daripada 90% bakteria dan kulat berdasarkan keputusan ujian yang dijalankan menggunakan standard BS EN 1040: 2005. BMESC juga telah mendapat pengiktirafan dan pensijilan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), SIRIM Berhad, Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).