Bioactive Microorganism Enzymatic Coil Decontamination/ Cleaner (BMED)

Biofilm adalah lapisan lendir yang terbentuk daripada bakteria dan kulat yang melekat pada permukaan serta boleh menyebabkan kerosakan pada sistem dan permukaan dalaman penyaman udara. Biofilm yang terbentuk boleh dihalang menggunakan Bioactive Microorganism Enzymatic Coil Decontamination/Cleaner (BMED) yang telah mendapat pengiktirafan dan pensijilan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), SIRIM Berhad, Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). BMED menggunakan teknologi multi-enzim akan menguraikan biofilm tersebut dan telah terbukti lebih mudah dibiodegradasi iaitu sebanyak 89% dalam tempoh 28 hari. Teknologi yang digunakan oleh BMED adalah lebih selamat dan mesra alam berbanding pembersihan secara konvensional yang menggunakan asid dan alkali. Zarah BMED yang bersaiz 7.873nm membolehkan ia menembusi ruang kecil dan rekahan bagi menghalang pembentukkan bakteri dan kulat. Produk ini mampu meningkatkan kualiti udara, produktiviti, melindungi kerosakan aset, mengurangkan penggunaan tenaga serta mengurangkan kos penyelenggaraan dan penggantian.