Avenir Panel

Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Avenir Group Synergy Sdn. Bhd.

Avenir Panel adalah panel dinding ringan menggunakan polisterina yang dikitar semula. Panel dibuat daripada campuran pasir, simen, buih istimewa dan polisterina terpakai kemudian dibentuk menggunakan acuan keluli. Avenir Panel berfungsi sebagai dinding asas dan dinding galas beban. Avenir Panel diiktiraf sebagai komponen Sistem Bangunan Industri (IBS) dari segi standard dan saiz modular. Terdapat beberapa kelebihan menggunakan Avenir Panel seperti: i. Mengurangkan kos pembinaan; ii. Menjimatkan masa; iii. Mesra alam; iv. Mempunyai ketahanan yang tinggi; dan v. Penebat haba dan bunyi.