AirBOX Sense
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

AiRBOX Sense merupakan sensor kualiti udara yang dicipta berdasarkan konsep Internet of Things (IoT). Antara kelebihan AiRBOX Sense adalah seperti berikut: • Mengukur masa sebenar kepekatan bahan pencemar udara seperti Ozon (O3), Sulfur Dioksida (SO2) dan Zarahan Terampai (PM10 dan PM2.5); • Mengumpul dan menganalisis data untuk kualiti udara menggunakan sistem komunikasi tanpa wayar dan data tersebut disimpan dalam talian ke dalam pelayar sesawang seperti google cloud atau dropbox; • Memaparkan tahap kualiti udara kepada pengguna seperti nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU); • Merupakan Early Warning System untuk pencemaran udara; dan • Menggunakan kuasa solar, bateri dan 12 Volt kuasa.