Aedestech Mosquito Home System (AMHS)

One Team Networks Sdn. Bhd.

Perangkap nyamuk Aedestech Mosquito Home System (AMHS) adalah untuk menghapuskan pembiakkan nyamuk Aedes sama ada di peringkat telur, jentik-jentik, pupa atau nyamuk dewasa dengan menggunakan teknologi Lure & Kill. AMHS secara sainstifik telah terbukti keberkesanannya bagi mengurangkan populasi nyamuk secara keseluruhan dan seterusnya penurunan wabak penularan Denggi, Zika dan Chikungunya yang boleh membawa maut.