Advance Sheet Pile (ASP)

Advance Geomechanic Sdn. Bhd.

ASP adalah lembaran cerucuk besi yang direka khas untuk menstabilkan cerun bukit dan tebing sungai. Keunikan lembaran cerucuk besi ASP adalah kaedah pembentukan lembaran besi cerucuk saling kunci (interlocking) secara cold form yang membolehkan pelbagai konfigurasi cerucuk besi saling kunci dibentuk. Kekuatan dinding cerucuk ASP adalah lebih kuat atau setanding dengan dinding diafragma konkrit dan contiguous bored piles.