A Total Cashless Transaction Management System (ATSPAY)

Universiti Utara Malaysia (UUM)

ATSPAY adalah konsep pengurusan keseluruhan transaksi termasuk pengurusan pemasaran, pembayaran, pemantauan dan kewangan bagi perniagaan berasaskan komuniti. ATSPAY membantu komuniti menguruskan perniagaan dengan menyediakan laporan seperti aliran tunai dan nisbah penyata pendapatan. ATSPAY dibangunkan sebagai instrumen tanpa tunai mudah alih untuk menyokong proses pembayaran perniagaan dalam UUM. Ia adalah sistem pembayaran tanpa tunai yang menggunakan kad pintar teknologi dan konsep plug and play.