Portable High Measurement (PHM) System

National Metrology Institute of Malaysia (NMIM)
PHM adalah satu sistem pengukuran untuk parameter candela (cd) dalam memastikan amalan pengukuran yang baik dan efektif khusus untuk lampu puncak kenderaan. Sistem pengukuran ini amat berguna kepada pusat pemeriksaan kenderaan, kilang kenderaan, dan pihak penguatkuasa undang-undang. Pengukuran untuk parameter cd adalah seragam dan ini dapat meningkatkan tahap kebolehpercayaan parameter tersebut. Sistem Pengukuran ini sangat efektif untuk menyemak prestasi dan kebolehpercayaan sesuatu peralatan alat pengukur lampu puncak. Secara langsung dapat menyokong keselamatan jalan raya dan menjamin lampu kenderaan di atas jalan raya memenuhi keperluan spesifikasi yang dibenarkan di Malaysia.

Contact

mnizam@sirim.my